Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." (Surah Ali Imran: Ayat 64)

Friday, October 23, 2009

PUAK ESENES, KELOMPOK AHLI IBADAH YANG MENGASINGKAN DIRI DARI RUMAH SUCI

Siapakah sekelompok manusia yang menjadi penghuni wilayah Qumran iaitu antara pertengahan abad ke-2 SM hingga pertengahan abad 1 M yang meninggalkan manuskrip-manuskrip misteri secara tersembunyi di gua-gua Laut Mati? Telah menjadi kesepakatan di kalangan para pengkaji bahawa naskhah-naskhah kuno tulisan tangan yang diketemui di Qumran itu adalah milik kelompok Yahudi kuno yang terkenal di dalam Istilah Inggeris dengan nama "Esenes". Hanyasanya asal-asul sebutan mereka dengan nama tersebut masih menjadi bahan perdebatan di kalangan para ilmuan. Profesor Abbas Mahmud AI-Aqqad dalam buku "Hayat Al Masih" (Kehidupan Al Masih) cetakan kedua, menulis selepas tersiarnya 50 peratus hasil terjemahan manuskrip bersama dengan maklumat-maklumat terawal mengenai kelompok ini dengan mengulas:
"Mudah-mudahan pendapat yang paling kuat hasil dari Perbagai pengkajian dan perbahasan mengenainya adalah bahwa orang-orang yang khusyu, yang menghuni rumah peribadatan di Qumran ilu adalah sekelompok dari puak Esenes, salah satu puak konservatif dan sangat keras mempertahankan hukum-hukum agama Yahudi, yang menantikan keselamatan mereka dengan datangnya Sang penyelamat yang telah dijanjikan kepada mereka. Kelompok ini telahpun kami sentuh sebelum ini iaitu tentang mengenai ' Kepintaran Al-Masih', kami menyentuhnya sebagai sekelompok Bani Israel yang terdiri daripada mereka yang paling bersih dari perbuatan dosa dan hawa nafsu. Mereka terbahagi kepada tiga darjat. Dalam sumpah setia mereka , setiap seorang dari mereka bersumpah setia untuk menjaga rahsia kelompok mereka ,

dan sesudah itu mereka diharamkan untuk bersumpah secara benar atau palsu seumur hidup mereka. Mereka beriman kepada hari kiamat, hari kebangkitan dan kerasulan al-Masih sebagai Juru Penyelamat mereka. Kami lebih cenderung berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa nama Esenes berasal dari perkataan "asi " yang yang membawa maksud “Tobit”.

Para pengkaji sejarah berbeza pendapat berkenaan dangan asal-usul mengapakah dinamakan demikian, Profesor Aqqad memilih pendapat yang mengatakan bahawa ia berasal dari bahasa Aramik iaitu `asi' yang membawa maksud tabib. Akan tetapi penulis berbeza pendapat dengan Profesor Aqqad mengenai hal tersebut , ini adalah kerana jamak dari kata "asi"' bukannya "esiyyin" tetapi "asiyyin". Meskipun diketahui bahawa mereka mempergunakan ramuan ubat-ubatan untuk mengubati pelbagai macam penyakit, namun mereka bukanlah para tabib, dan tidak terdapat satupun tulisan kuno yang mendukung pendapat yang mengatakan bahawa mereka masyhur dengan pengamalan sebagai para tabib.


Istilah nama kelompok ini terdapat di dalam tulisan buku berbahasa Yunani hasil karya sejarah Philo Judaeus, Josephus Flavius, dan Pliny the Elder, yang berbentuk ungkapan " Esenoy" atau " Esau" dan nama orang yang mengkaitkan dirinya kepada nama itu disebut ialah" Esawi". Yang menjadi persoalan bagi para pengkaji di dalam penelitian asala-asul istilah tersebut, iaitu perkara pokok yang dihadapi oleh para pengkaji adalah bahawa meskipun asal kata dari nama kelompok ini merupakan peristilahan lokal, namun mereka mendapatinya hanya tertulis dalam bahasa Yunani. Kerana itulah perlu kita berusaha mengungkap asal kata dari istilah tersebut.

Sebagian para pengkaji berpendapat bahawa istilah itu berasal dari bahasa Ibrani dan Aramik;



Tetapi mereka tidak bersepakat pada satu kata tertentu yarig menunjukkan bahawa kelompok tersebutlah yang pernah menghuni di wilayah Palentin. Melainkan di sana terdapat isyarat yang kuat yang mengaitkan kelompok Esenes dengan pengikut Nabi Yesaya, yang memisahkan diri dari kelompok Pendeta Rumah Suci dan memilih hidup menyendiri menantikan kedatangan Sang Juru Selamat pada akhir zaman (hari kiamat). Nama Yesaya dalam bahasa Ibrani adalah "Vasya Ya', seperti "Yasyu"' dan "Yasu"' yang mempunyai satu pengertian iaitu “keselamatan Tuhan”. Nama "Yasu"' pula adalah dalam bahasa Yunani yang ditulis "Isa" di dalam bahasa Arab ­ditulis sebagai "Esu". Jelaslah bahawa nama Yesaya juga dipakai sebagai panggilan kepada murid-murid Nabi Yesaya. Para pengkaji telah menemukan tiga bahagian di dalam Kitab Yesaya ditulis selama sekitar dua kurun waktu , iaitu di antara kurun ke-6 hingga kurun ke-4 SM. Di dalam hal sebagaimana sekalipun, tetap membawa keyakinan bahawa sekompok bangsa Yahudi yang mendiami wilayah Qumran mempunyai hubungan dan perkaitan yang erat dengan nabi Yesaya berdasarkan hasil penemuan di dalam gua-gua yang dihuni mereka iaitu sejumlah besar tulisan Nabi Yesaya, dan mereka menafsirkan tulisan-tulisan itu dengan cara yang khusus yang menjadi rahsia di antara mereka, terutama bahagian-bahagian yang berkenaan dengan "Hamba Tuhan", dan kelahiran "Emanuel". Naskhah-naskhah ini jugalah yang digunakan sebagai rujukan oleh para penulis Injil untuk mengisyaratkan kelahiran Isa Al Masih yang mereka sebut sebagai "nubuwwah Seorang Guru di masa mendatang".