Sunday, September 5, 2010
Professor Stephen Hawking says no God created Universe. Is this the end of God ?
Hawking’s answer is "M-theory” also known as String theory. According to Hawking, M-Theory is a promising candidate for the theory of everything to explain the existence of the universe. A theory of everything is a unified theory of the four fundamental forces of nature, to reduce gravity, electromagnetism, the strong force, and the weak force to one fundamental force carried by one fundamental particle. Such a theory will explain why these four forces take the values that they do, precluding claims of personal agency and design of the universe.
Although framing it as part of the debate between the allegedly warring camps of religion and science is great publicity (his publicist is a genius), do Hawking’s findings really pose such a threat to God? Rather than a discussion between science and religion, it seems to be more of a debate between science and science, with many physicists stating that they do not find Hawking’s claims very compelling, “…I don’t share his (Hawking’s) enthusiasm for M-theory as the ultimate answer.” comments Jim al-Khalili, Professor of Physics at Surrey University.
No doubt these new assertions will be poetry to the ears of Militant Atheists and will be hailed as their latest article of faith. However, that would be rather premature. Hawking wrote that “philosophy is dead”. I don’t think that is true but logic would definitely be in need of resuscitation if one infers atheism from Hawking’s claims. Even, if one accepted Hawking’s assertions as true, it would not logically follow that God does not exist. The most it would demonstrate is that nature does not need God, the statements “the existence of the universe is caused by Physics alone” and “God exists” are perfectly logically compatible.
Now what of M-Theory? According to the theory, the physical universe must have 11-dimensions, but why the universe has to possess just that number of dimensions is not addressed by the theory, suggesting that the elaborate fine tuning of the initial conditions of the universe are not overcome, but rather pushed up another level.
Moreover, it is one thing to say that a theory is mathematically consistent and makes sense in the mathematical world and it is quite another to claim that theory can be exported to the actual world. It is imperative to point out that this theory is not a complete theory and is described by some as nothing more than clever mathematics. So the strongest objection to Hawking’s theory is that there is no independent evidence to support it.
Consider for instance the “fairy theory of gravity.” Suppose a wacky physicist claimed that the reason objects do not float out into space is because there are tiny invisible fairies inhabiting the surface of all objects and pushing objects to the ground creating a continual force of gravity. Now this would have explanatory power, that is to say that it would explain the phenomena of gravity. However, why would we not accept this theory? Well one major reason would be that there is an absence of independent evidence in support of tiny invisible fairies.
The problem with M-theory, as well as with other models that try to explain the creation of the universe, such as inflationary models, is that none of them admit to independent evidence, they merely appeal to their explanatory power to justify themselves. The only thing to confirm them is their ability to explain certain data or resolve certain problems, but explanatory power does nothing to limit the unbridled imagination. For example Hawking postulates that there are many worlds that exist and our world is one of them. Where is the independent evidence to support this? We always experience exactly one world and have no direct access to alternative parallel worlds. In short, we have a long way to go before taking Hawking’s assertions as fact; the mere ability to explain data and clever, highly theoretical, mathematics isn’t enough. In fact, metaphysics, the realm in which Hawking is reasoning, has a long way to go before demonstrating that the coherence of imaginary numbers conjured up in theoretical models can translate into anything verifiable or even meaningful in the real world. A brilliant imagination and mathematical coherence do not the theory validate.
Theories such as M-theory require us to have a great amount of faith in them, as much faith as the ancient Greeks had in Hades controlling the underworld.
Posted by Adam Deen at 19:54
Labels: Topical theology
Friday, October 23, 2009
PUAK ESENES, KELOMPOK AHLI IBADAH YANG MENGASINGKAN DIRI DARI RUMAH SUCI
"Mudah-mudahan pendapat yang paling kuat hasil dari Perbagai pengkajian dan perbahasan mengenainya adalah bahwa orang-orang yang khusyu, yang menghuni rumah peribadatan di Qumran ilu adalah sekelompok dari puak Esenes, salah satu puak konservatif dan sangat keras mempertahankan hukum-hukum agama Yahudi, yang menantikan keselamatan mereka dengan datangnya Sang penyelamat yang telah dijanjikan kepada mereka. Kelompok ini telahpun kami sentuh sebelum ini iaitu tentang mengenai ' Kepintaran Al-Masih', kami menyentuhnya sebagai sekelompok Bani Israel yang terdiri daripada mereka yang paling bersih dari perbuatan dosa dan hawa nafsu. Mereka terbahagi kepada tiga darjat. Dalam sumpah setia mereka , setiap seorang dari mereka bersumpah setia untuk menjaga rahsia kelompok mereka ,
dan sesudah itu mereka diharamkan untuk bersumpah secara benar atau palsu seumur hidup mereka. Mereka beriman kepada hari kiamat, hari kebangkitan dan kerasulan al-Masih sebagai Juru Penyelamat mereka. Kami lebih cenderung berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa nama Esenes berasal dari perkataan "asi " yang yang membawa maksud “Tobit”.
Para pengkaji sejarah berbeza pendapat berkenaan dangan asal-usul mengapakah dinamakan demikian, Profesor Aqqad memilih pendapat yang mengatakan bahawa ia berasal dari bahasa Aramik iaitu `asi' yang membawa maksud tabib. Akan tetapi penulis berbeza pendapat dengan Profesor Aqqad mengenai hal tersebut , ini adalah kerana jamak dari kata "asi"' bukannya "esiyyin" tetapi "asiyyin". Meskipun diketahui bahawa mereka mempergunakan ramuan ubat-ubatan untuk mengubati pelbagai macam penyakit, namun mereka bukanlah para tabib, dan tidak terdapat satupun tulisan kuno yang mendukung pendapat yang mengatakan bahawa mereka masyhur dengan pengamalan sebagai para tabib.
Istilah nama kelompok ini terdapat di dalam tulisan buku berbahasa Yunani hasil karya sejarah Philo Judaeus, Josephus Flavius, dan Pliny the Elder, yang berbentuk ungkapan " Esenoy" atau " Esau" dan nama orang yang mengkaitkan dirinya kepada nama itu disebut ialah" Esawi". Yang menjadi persoalan bagi para pengkaji di dalam penelitian asala-asul istilah tersebut, iaitu perkara pokok yang dihadapi oleh para pengkaji adalah bahawa meskipun asal kata dari nama kelompok ini merupakan peristilahan lokal, namun mereka mendapatinya hanya tertulis dalam bahasa Yunani. Kerana itulah perlu kita berusaha mengungkap asal kata dari istilah tersebut.
Sebagian para pengkaji berpendapat bahawa istilah itu berasal dari bahasa Ibrani dan Aramik;
Tetapi mereka tidak bersepakat pada satu kata tertentu yarig menunjukkan bahawa kelompok tersebutlah yang pernah menghuni di wilayah Palentin. Melainkan di sana terdapat isyarat yang kuat yang mengaitkan kelompok Esenes dengan pengikut Nabi Yesaya, yang memisahkan diri dari kelompok Pendeta Rumah Suci dan memilih hidup menyendiri menantikan kedatangan Sang Juru Selamat pada akhir zaman (hari kiamat). Nama Yesaya dalam bahasa Ibrani adalah "Vasya Ya', seperti "Yasyu"' dan "Yasu"' yang mempunyai satu pengertian iaitu “keselamatan Tuhan”. Nama "Yasu"' pula adalah dalam bahasa Yunani yang ditulis "Isa" di dalam bahasa Arab ditulis sebagai "Esu". Jelaslah bahawa nama Yesaya juga dipakai sebagai panggilan kepada murid-murid Nabi Yesaya. Para pengkaji telah menemukan tiga bahagian di dalam Kitab Yesaya ditulis selama sekitar dua kurun waktu , iaitu di antara kurun ke-6 hingga kurun ke-4 SM. Di dalam hal sebagaimana sekalipun, tetap membawa keyakinan bahawa sekompok bangsa Yahudi yang mendiami wilayah Qumran mempunyai hubungan dan perkaitan yang erat dengan nabi Yesaya berdasarkan hasil penemuan di dalam gua-gua yang dihuni mereka iaitu sejumlah besar tulisan Nabi Yesaya, dan mereka menafsirkan tulisan-tulisan itu dengan cara yang khusus yang menjadi rahsia di antara mereka, terutama bahagian-bahagian yang berkenaan dengan "Hamba Tuhan", dan kelahiran "Emanuel". Naskhah-naskhah ini jugalah yang digunakan sebagai rujukan oleh para penulis Injil untuk mengisyaratkan kelahiran Isa Al Masih yang mereka sebut sebagai "nubuwwah Seorang Guru di masa mendatang".
Sunday, September 6, 2009
AL-MAKHTHUUTHOOTUL BAHRIL MAYYITI (NASKHAH LAUT MATI)
Assalamulaikum…..Untuk Pengetahuan para pembaca, kitab ini adalah salah satu kitab yang ana download free di laman http://www.al-maktabeh.com/ar/index.php .. Di dalam laman tersebut terdapat 1500 buah kitab mengenai comparative religion yang sangat langka dan payah nak cari kat kedai buku..Bagi sesiapa yang berminat untuk memilikinya jugak sila layari laman ini dan download sendirilah…Bagi sesiapa yang malas nak download boleh minta sendiri kat ana ..tapi kena cas sedikitla..upah menunggu, sebab lama nak download kitab dalam laman tu, seminggu tak abis, tapi sifat tamak ilmu punya pasal ana sanggup tunggu, takpe walaupun duk berbulan-bulan di depan komputer untuk download.ana tak kisah..tamak ilmu takpekan…jangan tamak duit sudahlah..ana terjemah ni tujuannya untuk memberi peluang ke para kutu buku yang terdapat di Malaysia ni tetapi tidak mampu memahami bahasa Arab agar dapat menikmatinya juga. Kalau nak baca banyak lagi..ngajilah bahasa arab youp..bagi yang dah boleh bahasa arab tu bantulah ana tolong terjemah semua buku di dalam laman tu..agar umat Islam di Malaysia tahu serba sedikit tentang agama orang lain..yang akhirnya nanti selamatlah bangsa kita dari jenayah murtad yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini..ana sorang-sorang nak terjemah mana mampu youp…Ana harap para pembaca dapat menikmati dan mendapat manfaat dari apa yang ana terjemah ini….Selamat membaca…
Sebagaimana jika dilihat dari sumber-sumber yang sampai kepada kita tentang al-Masih, semuanya berasal dari tulisan-tulisan yang ditulis pada setengah abad selepas masa yang ditentukan mereka sebagai saat wafatnya Jesus AS. Dan tidak terdapat satu naskhahpun – walaupun sedikit - dari sumber-sumber sejarah masa kini yang menyebutkan secara pasti period yang dikatakan bahawa Jesus AS pernah hidup di masa itu.
Bahkan Kitab-kitab Perjanjian Baru itu sendiri malah menjadi sebagai rujukan satu-satunya tetang kehidupan Jesus AS, memberikan kepada kita maklumat yang agak kontradiktif dan bercanggah antar satu sama yang lain mengenai kehidupan dan kematian Jesus AS. Injil Matthew telah menyebut bahawa Jesus AS dilahirkan di waktu pemerintahan Kaisar Herodus, yang meninggal dunia pada tahun ke-4 SM. Sedangkan Injil Luke menetapkan kelahiran al-Masih sewaktu proses bancian penduduk yang dilakukan oleh Romawi di daerah mereka, iaitu tahun keenam kelahiran al-Masih. Terdapat juga perbezaan juga muncul mengenai tarikh sebenar bilakah berakhirnya kehidupan beliau di muka bumi. Menurut apa yang dinukilkan di dalam kitab-kitab Injil, terdapat keterangan yang menyatakan bahawa ia berlaku pada tahun ke-30 dari umur beliau, ada pula keterangan yang menetapkan pada tahun ke-33 dari umurnya dan ada pula yang menetapkannya pada tahun ke-36.
Sementara itu, menurut apa yang dipegang dan diyakini di masa terdahulu yang menegaskan bahawa para penulis Injil itu adalah murid-murid dan para pendukungnya yang hidup sezaman dengan Jesus AS, dan merekalah yang menjadi saksi di atas segala apa yang mereka tulis di dalam Kitab Injil tersebut. Akan tetapi sebaliknya di masa sekarang ini kita telah dimaklumi bahawa tidak ada seorangpun dari para penulis Injil itu yang pernah berjumpa secara langsung dengan Jesus AS. Mereka semuanya hanya berpegang dan mengandalkan pada riwayat-riwayat yang mereka dengar dari orang lain atau dari penafsiran-penafsiran mereka lakukan terhadap tulisan-tulisan terdahulu.
Dan kerana inilah maka penemuan tulisan-tulisan kuno yang dikirakan milik era sebelum ataupun era sezaman dengan hidupnya Jesus AS di kawasan yang tidak terlalu jauh iaitu hanya berjarak kira-kira beberapa kilometer dari kota Jerusalem, yang pernah diperkatakan kononnya sebagai kota tempat wafatnya Jesus AS di sana, telah membangkitkan kembali harapan dan cita-cita untuk menemukan sumber-sumber maklumat yang dengannya mungkin mampu menjawab beberapa teka-teki yang agak misteri ini dan menjelaskan hakikat persoalan dalam sejarah institusi agama Kristian dan hubungannya dengan kelompok-kelompok Yahudi yang ada pada masa itu.
Semangat sikap ingin tahu semakin bertambah dan bergelora semenjak pendedahan mengenai apa yang terkandung di bahagian-bahagian awal naskhah tersebut iaitu pada tahun 60-an. Maka jelaslah bahawa naskhah tersebut mempunyai kaitan yang erat dengan kelompok Judeo-Kristian yang dikenali sebagai Kaum Esenes, yang memiliki seorang guru bijak dengan sifatnya yang hampir mirip dengan peribadi al-Masih. Cuma semangat yang muncul di kalangan para pengkaji sejarah kitab suci dan para pembaca awam malah menimbulkan rasa kebimbangan dan kekhuatiran dari pihak tertinggi agamawan termasuk institusi-institusi akademik dari kalangan Yahudi mahupun Kristian. Kebimbangan ini tidaklah ada kaitan sama sekali dengan kerisauan jika segala maklumat yang terbongkar kelak mampu menguatkan keimanan orang-orang muslim, kerana ini adalah tulisan-tulisan keagamaan kuno. Namun sebenarnya kebimbangan itu adalah disebabkan oleh kekhuatiran akan terbongkarnya hakikat sebenarnya bahawa telah terjadinya penyelewengan dan perubahan pada agama dan keyakinan mereka berdasarkan nas-nas yang terdapat di dalam naskhah tersebut yang tentunya tidak hanya menyangkut berkenaan dengan hakikat sebenar sejarah lama mereka , bahkan menyangkut penafsiran teks-teks keagamaan yang begitulah maksud yang sebenarnya. Dan kerana inilah semenjak pemerintah Israel menguasai kota Jerusalem Lama selepas Perang iaitu di Bulan Jun 1967, segala aktiviti yang menyangkut penerbitan manuskrip Laut Mati dihentikan serta merta. Walaupun masih terdapat bahagian selebihnya yang masih tersisa lebih dari separuh yang belum sempat diterbitkan. Bahkan bukan hanya sekadar itu malah pemerintah Israel berusaha untuk menyekat suara-suara yang datang dari segala penjuru - yang paling lantang bersuara malah dari para ilmuan dari kalangan Israel sendiri
Pihak Israel telah merencanakan sebuah drama simbolik atau sebuah lakonan demi membebaskan diri mereka dari desakan terus-menerus tersebut . Pihak berkuasa di Jabatan Arkeologi Israel telah mengirimkan gambar-gambar fotografi yang didakwa sebagai telah mewakili seluruh naskhah yang terdapat di muzium Rockefeller di Jerusalem kepada Universitas Oxford di Britain dan kepada sebuah universiti di Amerika Syarikat. Pemerintah Israel seterusnya berpura-pura
seolah-olah begitu marah dan melakukan bantahan sewaktu universiti-universiti tersebut cuba menerjemahkan dan mengiklankan gambar-gambar fotografi manuskrip tersebut yang berada di dalam jagaan mereka yang menurut mereka tidak sah kerana tanpa mendapat keizinan rasmi terlebih dahulu dari pemerintah Israel.
Tujuan lakonan ini dirancang dan dilakukan oleh pemerintah Israel ialah agar untuk memberi gambaran seolah-olah semua naskhah manuskrip telahpun diterjemahkan dan disiarkan, sehingga dengan demikian tidak akan ada lagi suara-suara dari pihak manapun yang menuntut agar pemerintah Israel memperlihatkan semua naskhah kuno yang ada di tangan mereka. Sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat sebagian lagi dari naskhah dan kisah-kisah di dalamnya yang masih belum disiarkan, ia disembunyikan agar dengan demikian dapatlah dirahsiakan keberadaannya sehingga akhirnya akan dilupakan kembali oleh sejarah. Walaupun mereka berusaha menutup-nutupinya tetapi sebahagian dari naskhah tersebut yang telahpun disiarkan sebelumnya, sudah memadai untuk mendapat penjelasan kepada kita apakah rahsia-rahsia yang terselindung yang membuatkan pihak tertentu beriya-iya benar untuk menutupinya. Inilah yang hendak kami cuba ungkapkan di dalam buku yang ditulis ini.
Istilah Manuskrip Laut Mati adalah ditujukan kepada segulung tulisan tangan kuno yang baru sahaja dijumpai iaitu kira-kira di antara tahun 1947 - 1956 di dalam gua-gua yang agak tersembunyi di pergunungan yang terletak di sebelah barat Laut Mati, iaitu terletak di kawasan Qumran, Muraba'at, Khirbat, Mrd, Ein Jeda dan Masada. Penemuan tersebut, khususnya yang berasal dari wilayah Qumran atau Umran, ialah wilayah yang terletak di tebing Barat Jordan yang berjarak hanya beberapa kilometer dari selatan bandar Yerikho (Areeha), semenjak setengah abad yang lalu, telah membawa kesan yang sangat dalam kepada pola pemikiran para peneliti Yahudi dan Kristian di serata dunia. Pastinya penemuan ini telah mengakibatkan terjadinya perubahan pada banyak perkara-perkara yang melibatkan kepercayaan yang selama ini diyakini di Palestin. Meskipun demikian, usaha kita sebenarnya masih berada peringkat awal untuk mendapatkan hasil yang sempurna untuk mengungkap segala misteri yang terdapat di daerah Qumran melainkan
apabila seluruh naskhah yang ada berhasil dipertontonkan dan difahami maknanya yang sebenarnya oleh para pengkaji.
Ketika Perang Dunia II hampir sahaja berakhir, naskhah yang pertama telah dijumpai berhampiran dengan Laut Mati iaitu pada bulan Februari tahun 1947. Palestin ketika itu masih di bawah penguasaan Inggeris dan manakala Jerusalem dan Tebing Barat masih dalam genggaman rakyat Palestin. Kisahnya bermula ketika seorang anak gembala kambing yang bernama Muhammad Ad-Dib telah kehilangan seekor kambing biri-biri miliknya. Muhammad adalah seorang kanak-kanak yang berasal dari suku Ta'amirah yang menetap di wilayah yang terbentang dari Jerusalem hingga tepian Laut Mati. Beliau cuba untuk memanjat ke sebuah batu dalam usaha mencari-cari kambing biri-birinya yang tersesat . Di atas batu tersebut beliau terlihat itu satu ruang sempit dari sebuah tebing yang berhadapan dengan lereng bukit. Apabila beliau melemparkan seketul batu ke dalam gua tersebut tiba-tiba terdengar bunyi suatu benturan rasanya seperti sebuah tembikar kuno yang tersemadi di dalam gua tersebut. Beliau mencuba beberapa kali melemparkan batu ke dalam gua tersebut hasilnya adalah sama iaitu kedengaran satu benturan dengan sebuah tembikar. Kanak-kanak tersebut kemudian menaiki lereng gunung dan mengintipnya dari atas. Dalam keadaan agak gelap, Muhammad dapat menyaksikan beberapa buah bekas yang yang diperbuat dari tembikar yang tersusun secara rapi di lantai gua tersebut. Keesokan paginya, beliau kembali ke gua tersebut tetapi kali ini dibawa bersamanya beberapa orang kawannya yang akan membantunya untuk memanjat lubang tersebut dan memasuki ke dalamnya. Apabila beliau masuk ke dalam dalam gua itu hasil bantuan rakan-rakannya beliau menemukan beberapa bekas yang terbuat dari tembikar yang mana di dalamnya mengadungi tujuh gulungan tulisan tangan
Dalam tempoh begitu singkat, naskhah manuskrip tulisan tangan itu telah dipamerkan untuk dijual oleh pedagang barang antik di Jerusalem yang dikenali dengan nama Kando. Beliau membeli barang tersebut dari seorang penduduk Ta'amirah. Athanasius Samuel, Ketua Gereja Katolik Saint Markus di Swiss yang ketika itu sedang berada di Jerusalem membeli 4 gulungan manuskrip, manakala gulungan lainnya dibeli oleh Profesor Eliezer Sukenik dari University of Hebrew di Jerusalem. Kemudian berlakunya peperangan antara Arab dan Israel kesan dari pengisytiharan bahawa telah berdirinya sebuah negara yang bernama Israel iaitu pada 15 Mei 1948, Disebabkan timbul kebimbangan kalau-kalau terjadi sesuatu pada naskhah-naskhah kuno yang dibelinya, Atanasius pun mengirim keempat-empat gulungan naskhah tersebut ke Amerika Syarikat untuk dipamerkan agar dapat dijual di sana. Namun akhirnya naskhah-naskhah itu dibeli oleh Yigael Yadin iaitu anak Profesor Sukenik dengan harga hanya seperempat juta Dollar US atas nama Hebrew University di Jerusalem. Maka dengan demikian, ketujuh-tujuh naskhah pertama yang ditemukan itu berada dalam penjagaan Hebrew University di Israel.
Ketika tercapainya kesepakatan untuk berdamai antara puak Arab-Israel pada 7 November 1949, kawasan Qumran dan sepertiga dari bahagian utara wilayah Laut Mati menjadi di bawah kekuasaaan Kerajaan Jordan Al-Hasyimy , maka bermulalah Kerajaan Jordan merancang untuk melakukan ekspedisi arkeologi iaitu satu usaha pengkajian dan pencarian yang ada kaitan dengan manuskrip kuno yang dijumpai sebelum ini kalau-kalau masih ada yang tersisa yang belum ditemukan. Tetapi warga Ta'amirah merahsiakan lokasi sebenar gua-gua yang agak misteri tersebut, tetapi akhirnya pihak tentera Jordan berhasil menemukan lokasi tersebut iaitu pada pada akhir bulan Januari 1949.
Disebabkan perasaan tamak yang berbuak-buak untuk mendapat keuntungan-keuntungan wang yang berlipat ganda, penduduk Ta'amirah telah menerokai hampir seluruh kawasan tepi Laut Mati bagi menemukan naskhah-naskhah lain yang mungkin masih tersembunyi di gua-gua yang terdapat di wilayah pergunungan. Pada bulan November 1952, seorang warga Badui Ta'amirah berhasil menemukan gua lain yang tersimpan di dalamnya sejumlah besar gulungan naskhah yang telah bercerai-berai menjadi potongan-potongan kecil. Beliau kemudian menjualnya kepada pihak Pemerintah Jordan. Pemerintah Jordan telah mengikuti cara pencarian yang dilakukan oleh penduduk Ta'amirah itu untuk menemukan naskhah-naskhah yang masih tersisa di gua-gua Laut Mati tersebut. Akhirnya, pada tahun 1965, ditemukan sekumpulan gua yang terdiri dari sebelas buah di wilayah Qumran maka lengkaplah bilangannya. Warga Ta'amirah telah menemukan empat buah gua lagi iaitu yang bernombor 1, 4, 6 dan 11. Manakala pihak arkeologi Jordan telah menemukan tujuh gua lainnya.
Athanasius pula telah memberi keizinan kepada American Institute for Oriental Studies di Jerusalem - setelah melakukan ujian kelayakan arkeologi naskhah-naskhah Laut Mati- untuk mengambil gambar dan mengiklankan tentang keempat-empat naskhah yang berada dalam genggamannya. Institut Amerika di Jerusalem itu untuk julung-julung kalinya menerbitkan gambar-gambar fotografi naskhah Laut Mati iaitu antara tahun 1950 - 1951, sehingga dengan demikian telah memberi peluang kepada para peneliti yang lain untuk mengkajinya, yang kemudian disusuli dengan penerbitan terjemahan naskhah ke dalam bahasa Inggeris. Sepertimana yang dilakukan oleh Hebrew University di Jerusalem iaitu mengiklankan tiga buah gambar fotografi naskhah bersama dengan terjemahannya pada tahun 1953.
Pater De Voux telah diberi tanggungjawab dalam mengetuai Ekspedisi Arkeologi Jordan dalam usaha menemukan naskhah-naskhah kuno di Qumran, pada masa yang sama bertanggungjawab dalam menjayakan ekspedisi menyiapkan, menterjemah dan menerbitkan naskhah-naskhah yang ditemukannya. Oleh de Foux, potongan-potongan naskhah yang telah berhasil ditemukan di dalam gua yang bernombor 1 telah diserahkan kepada Dominique Partolemi dan Millick, iaitu kedua-duanya adalah rakan sekerja de Foux di French Dominican I'Ecole Biblique. Usaha menyiapkan dan menerbitkan naskhah terjemahan yang dilakukan oleh Oxford University dapat selesai dilakukan pada tahun 1955.Hanyasanya, pemerintah Jordan telah membentuk satu Badan Internasional yang dianggotai lapan orang peneliti –yang tidak seorangpun dari mereka berbangsa Arab – ditugaskan untuk menyiapkan naskhah transkrip dan penerbitannya dengan diketuai oleh de Foux bersama dengan anggota dari Perancis, Inggeris, Amerika Serikat dan Jerman yang datang ke Jerusalem siap untuk bekerja.
Selepas itu pada tahun 1961, telah diiklankan terjemahan naskhah yang telah ditemui di gua kawasan Muraba'at, arah selatan Qumran, oleh penterjemahnya Josef T. Milik. Pada Juzuk yang kedua dari manuskrip Muraba'at yang berisikan Juzuk keempat dari kita Mazmur yang ditemui di gua bernombor 11 itu dipamerkan pada tahun 1965. Sedangkan juzuk kelima yang merupakan potongan-potongan yang ditemuinya di gua bernombor 4 dipamerkan pada tahun 1968.
Selanjutnya telah terjadi penemuan di gua-gua lain di luar kawasan Qumran naskhah-naskhah kuno iaitu di wilayah Mird, arah barat daya Qumran, Muraba'at di arah tenggara Qumran dan Masada, iaitu sebuah benteng kuno Yahudi di selatan Laut Mati yang di bawah penguasaan pemerintah Israel. Dalam usaha menemukan naskhah-naskhah kuno itu, penduduk Qumran tidak meresa cukup dengan mencari di Qumran saja, bahkan mereka telah menerokai hampir seluruh kawasan pergunungan yang terbentang di sepanjang kawasan pantai Laut Mati. Pada bulan 0ktober tahun 1951, seorang warga Badui Ta'amirah telah menemukan sejumlah naskhah dalam bahasa Ibrani dan Yunani di sebuah gua di kawasan lembah Muraba'at, sekitar 15 km selatan gua Qumran yang pertama, lalu beliau mempamerkan naskhah yang ditemuinya itu ke pihak Jordan untuk dijual. Pada waktu yang sama juga sejumlah warga Ta'amirah lainnya menemukan sebahagian tulisan-tulisan mengenai agama Masehi di wilayah Mird iaitu berdekatan dengan Qumran, di antaranya tulisan di dalam bahasa Suryani. Begitu juga sekelompok tim ekspedisi yang dianggotai oleh para arkeologi Israel yang diketuai oleh Yigael Yadin turut melakukan pencarian naskhah kuno iaitu di antara tahun 1963 - 1965, di bekas-bekas peninggalan di sebuah benteng Masada iaitu di wilayah bawah jajahan Israel,
Di arah timur laut bandar Arikha (AI-Khalil), dan berhasil menemukan beberapa buah naskhah kuno di sana. Tetapi yang menjadi perhatian kita di sini adalah tulisan-tulisan kuno yang berasal dari Qumran, yang diyakini merupakan peninggalan kelompok Esenes dan bukan tulisan-tulisan Yahudiah dan Masehiah yang penemuannya berlaku di luar kawasan Qumran.
Tercetusnya peperangan di antara Arab dan Israel pada tahun 1967 menyebabkan jatuhnya wilayah Tepi Barat ke dalam cengkaman pemerintahan haram Israel, begitu juga muzium Jerusalem yang tersimpan naskhah-naskhah kuno. Tidak ada yang terlepas dari penguasaan pihak pemerintahan haram Israel melainkan sebuah naskhah yang diperbuat dari tembaga kerana naskhah tersebut ketika itu berada di Amman, Jordan. Dan semenjak dari itulah semua aktiviti pameran naskhah kuno terhenti secara keseluruhannya.