Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." (Surah Ali Imran: Ayat 64)

Sunday, September 6, 2009

AL-MAKHTHUUTHOOTUL BAHRIL MAYYITI (NASKHAH LAUT MATI)


Assalamulaikum…..Untuk Pengetahuan para pembaca, kitab ini adalah salah satu kitab yang ana download free di laman http://www.al-maktabeh.com/ar/index.php .. Di dalam laman tersebut terdapat 1500 buah kitab mengenai comparative religion yang sangat langka dan payah nak cari kat kedai buku..Bagi sesiapa yang berminat untuk memilikinya jugak sila layari laman ini dan download sendirilah…Bagi sesiapa yang malas nak download boleh minta sendiri kat ana ..tapi kena cas sedikitla..upah menunggu, sebab lama nak download kitab dalam laman tu, seminggu tak abis, tapi sifat tamak ilmu punya pasal ana sanggup tunggu, takpe walaupun duk berbulan-bulan di depan komputer untuk download.ana tak kisah..tamak ilmu takpekan…jangan tamak duit sudahlah..ana terjemah ni tujuannya untuk memberi peluang ke para kutu buku yang terdapat di Malaysia ni tetapi tidak mampu memahami bahasa Arab agar dapat menikmatinya juga. Kalau nak baca banyak lagi..ngajilah bahasa arab youp..bagi yang dah boleh bahasa arab tu bantulah ana tolong terjemah semua buku di dalam laman tu..agar umat Islam di Malaysia tahu serba sedikit tentang agama orang lain..yang akhirnya nanti selamatlah bangsa kita dari jenayah murtad yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini..ana sorang-sorang nak terjemah mana mampu youp…Ana harap para pembaca dapat menikmati dan mendapat manfaat dari apa yang ana terjemah ini….Selamat membaca…

Judul Asal : Al-Makhthuuthootul Bahril Mayyiti (Naskhah Laut Mati)
Penulis : Ahmad Othman
Selayang Pandang Mengenai Buku ini:
Pada pertengahan abad yang dua puluh, sekitar setengah abad yang lalu, terdapat dua penemuan arkeologi yang menggemparkan bagi dunia Kristian. Pertama, penemuan teks Injil Thomas di Nag Hamadi-Mesir pada tahun 1945. Dua tahun setelah penemuan tadi terjadi pula penemuan kali kedua iaitu pada tahun 1947 sebuah gulungan manuskrip di sebuah gua di Qumran yang tidak jauh berhampiran dengan Laut Mati, yang kemudian dikenali dengan Gulungan Laut Mati (The Dead Sea ScroIIs).Bagi sesetengah pihak, dua peristiwa besar ini juga penemuan-penemuan arkeologi lain yang berkaitan dengan kadang-kadang dianggap sebagai peristiwa biasa yang menghiasi majalah dan berita-berita di Barat-di Malaysia maklumat seperti amat jarang ditemukan malah apalagi dibincangkan. Banyak di kalangan kita masih tidak tahu tentang penemuan ini. Namun jika kita mengikuti perintah Allah dalam al-Quran agar kita selalu melihat dan mere­nung setiap kejadian di dunia ini, maka dua penemuan itu menjadi hal yang sangat luar biasa, apalagi bagi para pengkaji agama, khususnya bagi mereka yang terlalu asyik menyuarakan pahaman pluralisme agama yang baru-baru masuk ke negara kita Malaysia. Sebab duapenemuan tersebut tidaklah berhenti sebatas penemuan arkeologi, namun berlanjutan kepada kajian-­kajian yang mempengaruhi terhadap kehidupan beragama dan kepercayaan yang biasa mereka anuti khususnya bagi pemeluk agama Kristian yang pada gilirannya mempengaruhi hubungan antara agama, khususnya pada dekatnya pemahaman teologistik antara Islam dan Kristian.
MISTERI DI BALIK TERSEMBUNYINYA NASKHAH LAUT MATI

Berita mengenai penemuan tulisan-tulisan tangan berbahasa Ibrani dan Aramaik kuno di daerah Qumran pada era Perang Dunia II telah memberi impak yang sangat besar sehingga menaikkan semangat para ahli sejarah kitab suci untuk mendapatkan informasi tentang naskhah-naskhah tersebut yang diharapkan dapat memberikan jawapan yang memuaskan bagi menghilangkan misteri yang terselindung selama ini tentang hakikat sebenar yang berlaku di period penting ini dalam sejarah umat manusia. Demikian dikeranakan ia adalah naskhah berbahasa Ibrani yang paling kuno yang ada pada saat ini jika dibandingkan dengan Kitab-kitab Perjanjian Lama yang lain yang dikirakan berasal dari abad ke-10 M. Jika diteliti ia juga menyimpan jurang-jurang perbezaan yang cukup besar jika dibuat perbandingan dengan naskhah-naskhah septuagint Yunani yang berhasil diterjemahkan di Alexandria pada abad ke-13 SM. Manakah di antara kedua naskhah ini yang paling sahih dalam hal terjadinya percanggahan? Manakah di antara keduanya yang paling dapat dipegang? Tidak hanya terbatas pada kelompok-kelompok Yahudi sahaja, bahkan Gereja-Gereja Kristian Yunani juga mengakui bahawa Perjanjian Lama adalah sebagai bahagian dari Kitab Suci mereka. Sementara umat Kristian hingga abad ke-10 M, mengunakan naskhah Septuagint Yunani dan setelah itu difahamkan mereka telah beralih - kecuali Gereja Yunani Timur- ke naskhah Ibrani pada awal abad yang sama.

Sebagaimana jika dilihat dari sumber-sumber yang sampai kepada kita tentang al-Masih, semuanya berasal dari tulisan-tulisan yang ditulis pada setengah abad selepas masa yang ditentukan mereka sebagai saat wafatnya Jesus AS. Dan tidak terdapat satu naskhahpun – walaupun sedikit - dari sumber-sumber sejarah masa kini yang menyebutkan secara pasti period yang dikatakan bahawa Jesus AS pernah hidup di masa itu.

Bahkan Kitab-kitab Perjanjian Baru itu sendiri malah menjadi sebagai rujukan satu-satunya tetang kehidupan Jesus AS, memberikan kepada kita maklumat yang agak kontradiktif dan bercanggah antar satu sama yang lain mengenai kehidupan dan kematian Jesus AS. Injil Matthew telah menyebut bahawa Jesus AS dilahirkan di waktu pemerintahan Kaisar Herodus, yang meninggal dunia pada tahun ke-4 SM. Sedangkan Injil Luke menetapkan kelahiran al-Masih sewaktu proses bancian penduduk yang dilakukan oleh Romawi di daerah mereka, iaitu tahun keenam kelahiran al-Masih. Terdapat juga perbezaan juga muncul mengenai tarikh sebenar bilakah berakhirnya kehidupan beliau di muka bumi. Menurut apa yang dinukilkan di dalam kitab-kitab Injil, terdapat keterangan yang menyatakan bahawa ia berlaku pada tahun ke­-30 dari umur beliau, ada pula keterangan yang menetapkan pada tahun ke-33 dari umurnya dan ada pula yang menetapkannya pada tahun ke-36.

Sementara itu, menurut apa yang dipegang dan diyakini di masa terdahulu yang menegaskan bahawa para penulis Injil itu adalah murid-murid dan para pendukungnya yang hidup sezaman dengan Jesus AS, dan merekalah yang menjadi saksi di atas segala apa yang mereka tulis di dalam Kitab Injil tersebut. Akan tetapi sebaliknya di masa sekarang ini kita telah dimaklumi bahawa tidak ada seorangpun dari para penulis Injil itu yang pernah berjumpa secara langsung dengan Jesus AS. Mereka semuanya hanya berpegang dan mengandalkan pada riwayat-riwayat yang mereka dengar dari orang lain atau dari penafsiran-penafsiran mereka lakukan terhadap tulisan-tulisan terdahulu.

Dan kerana inilah maka penemuan tulisan-tulisan kuno yang dikirakan milik era sebelum ataupun era sezaman dengan hidupnya Jesus AS di kawasan yang tidak terlalu jauh iaitu hanya berjarak kira-kira beberapa kilometer dari kota Jerusalem, yang pernah diperkatakan kononnya sebagai kota tempat wafatnya Jesus AS di sana, telah membangkitkan kembali harapan dan cita-cita untuk menemukan sumber-sumber maklumat yang dengannya mungkin mampu menjawab beberapa teka-teki yang agak misteri ini dan menjelaskan hakikat persoalan dalam sejarah institusi agama Kristian dan hubungannya dengan kelompok-kelompok Yahudi yang ada pada masa itu.

Semangat sikap ingin tahu semakin bertambah dan bergelora semenjak pendedahan mengenai apa yang terkandung di bahagian-­bahagian awal naskhah tersebut iaitu pada tahun 60-an. Maka jelaslah bahawa naskhah tersebut mempunyai kaitan yang erat dengan kelompok Judeo-Kristian yang dikenali sebagai Kaum Esenes, yang memiliki seorang guru bijak dengan sifatnya yang hampir mirip dengan peribadi al-Masih. Cuma semangat yang muncul di kalangan para pengkaji sejarah kitab suci dan para pembaca awam malah menimbulkan rasa kebimbangan dan kekhuatiran dari pihak tertinggi agamawan termasuk institusi-institusi akademik dari kalangan Yahudi mahupun Kristian. Kebimbangan ini tidaklah ada kaitan sama sekali dengan kerisauan jika segala maklumat yang terbongkar kelak mampu menguatkan keimanan orang-orang muslim, kerana ini adalah tulisan-tulisan keagamaan kuno. Namun sebenarnya kebimbangan itu adalah disebabkan oleh kekhuatiran akan terbongkarnya hakikat sebenarnya bahawa telah terjadinya penyelewengan dan perubahan pada agama dan keyakinan mereka berdasarkan nas-nas yang terdapat di dalam naskhah tersebut yang tentunya tidak hanya menyangkut berkenaan dengan hakikat sebenar sejarah lama mereka , bahkan menyangkut penafsiran teks-teks keagamaan yang begitulah maksud yang sebenarnya. Dan kerana inilah semenjak pemerintah Israel menguasai kota Jerusalem Lama selepas Perang iaitu di Bulan Jun 1967, segala aktiviti yang menyangkut penerbitan manuskrip Laut Mati dihentikan serta merta. Walaupun masih terdapat bahagian selebihnya yang masih tersisa lebih dari separuh yang belum sempat diterbitkan. Bahkan bukan hanya sekadar itu malah pemerintah Israel berusaha untuk menyekat suara-suara yang datang dari segala penjuru - yang paling lantang bersuara malah dari para ilmuan dari kalangan Israel sendiri

Pihak Israel telah merencanakan sebuah drama simbolik atau sebuah lakonan demi membebaskan diri mereka dari desakan terus-­menerus tersebut . Pihak berkuasa di Jabatan Arkeologi Israel telah mengirimkan gambar-gambar fotografi yang didakwa sebagai telah mewakili seluruh naskhah yang terdapat di muzium Rockefeller di Jerusalem kepada Universitas Oxford di Britain dan kepada sebuah universiti di Amerika Syarikat. Pemerintah Israel seterusnya berpura-pura

seolah-olah begitu marah dan melakukan bantahan sewaktu universiti-universiti tersebut cuba menerjemahkan dan mengiklankan gambar-gambar fotografi manuskrip tersebut yang berada di dalam jagaan mereka yang menurut mereka tidak sah kerana tanpa mendapat keizinan rasmi terlebih dahulu dari pemerintah Israel.


Tujuan lakonan ini dirancang dan dilakukan oleh pemerintah Israel ialah agar untuk memberi gambaran seolah-olah semua naskhah manuskrip telahpun diterjemahkan dan disiarkan, sehingga dengan demikian tidak akan ada lagi suara-suara dari pihak manapun yang menuntut agar pemerintah Israel memperlihatkan semua naskhah kuno yang ada di tangan mereka. Sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat sebagian lagi dari naskhah dan kisah-kisah di dalamnya yang masih belum disiarkan, ia disembunyikan agar dengan demikian dapatlah dirahsiakan keberadaannya sehingga akhirnya akan dilupakan kembali oleh sejarah. Walaupun mereka berusaha menutup-nutupinya tetapi sebahagian dari naskhah tersebut yang telahpun disiarkan sebelumnya, sudah memadai untuk mendapat penjelasan kepada kita apakah rahsia-rahsia yang terselindung yang membuatkan pihak tertentu beriya-iya benar untuk menutupinya. Inilah yang hendak kami cuba ungkapkan di dalam buku yang ditulis ini.

Istilah Manuskrip Laut Mati adalah ditujukan kepada segulung tulisan tangan kuno yang baru sahaja dijumpai iaitu kira-kira di antara tahun 1947 - 1956 di dalam gua­-gua yang agak tersembunyi di pergunungan yang terletak di sebelah barat Laut Mati, iaitu terletak di kawasan Qumran, Muraba'at, Khirbat, Mrd, Ein Jeda dan Masada. Penemuan tersebut, khususnya yang berasal dari wilayah Qumran atau Umran, ialah wilayah yang terletak di tebing Barat Jordan yang berjarak hanya beberapa kilometer dari selatan bandar Yerikho (Areeha), semenjak setengah abad yang lalu, telah membawa kesan yang sangat dalam kepada pola pemikiran para peneliti Yahudi dan Kristian di serata dunia. Pastinya penemuan ini telah mengakibatkan terjadinya perubahan pada banyak perkara-perkara yang melibatkan kepercayaan yang selama ini diyakini di Palestin. Meskipun demikian, usaha kita sebenarnya masih berada peringkat awal untuk mendapatkan hasil yang sempurna untuk mengungkap segala misteri yang terdapat di daerah Qumran melainkan

apabila seluruh naskhah yang ada berhasil dipertontonkan dan difahami maknanya yang sebenarnya oleh para pengkaji.


Ketika Perang Dunia II hampir sahaja berakhir, naskhah yang pertama telah dijumpai berhampiran dengan Laut Mati iaitu pada bulan Februari tahun 1947. Palestin ketika itu masih di bawah penguasaan Inggeris dan manakala Jerusalem dan Tebing Barat masih dalam genggaman rakyat Palestin. Kisahnya bermula ketika seorang anak gembala kambing yang bernama Muhammad Ad-Dib telah kehilangan seekor kambing biri-biri miliknya. Muhammad adalah seorang kanak-kanak yang berasal dari suku Ta'amirah yang menetap di wilayah yang terbentang dari Jerusalem hingga tepian Laut Mati. Beliau cuba untuk memanjat ke sebuah batu dalam usaha mencari-cari kambing biri-birinya yang tersesat . Di atas batu tersebut beliau terlihat itu satu ruang sempit dari sebuah tebing yang berhadapan dengan lereng bukit. Apabila beliau melemparkan seketul batu ke dalam gua tersebut tiba-tiba terdengar bunyi suatu benturan rasanya seperti sebuah tembikar kuno yang tersemadi di dalam gua tersebut. Beliau mencuba beberapa kali melemparkan batu ke dalam gua tersebut hasilnya adalah sama iaitu kedengaran satu benturan dengan sebuah tembikar. Kanak-kanak tersebut kemudian menaiki lereng gunung dan mengintipnya dari atas. Dalam keadaan agak gelap, Muhammad dapat menyaksikan beberapa buah bekas yang yang diperbuat dari tembikar yang tersusun secara rapi di lantai gua tersebut. Keesokan paginya, beliau kembali ke gua tersebut tetapi kali ini dibawa bersamanya beberapa orang kawannya yang akan membantunya untuk memanjat lubang tersebut dan memasuki ke dalamnya. Apabila beliau masuk ke dalam dalam gua itu hasil bantuan rakan-rakannya beliau menemukan beberapa bekas yang terbuat dari tembikar yang mana di dalamnya mengadungi tujuh gulungan tulisan tangan


Dalam tempoh begitu singkat, naskhah manuskrip tulisan tangan itu telah dipamerkan untuk dijual oleh pedagang barang antik di Jerusalem yang dikenali dengan nama Kando. Beliau membeli barang tersebut dari seorang penduduk Ta'amirah. Athanasius Samuel, Ketua Gereja Katolik Saint Markus di Swiss yang ketika itu sedang berada di Jerusalem membeli 4 gulungan manuskrip, manakala gulungan lainnya dibeli oleh Profesor Eliezer Sukenik dari University of Hebrew di Jerusalem. Kemudian berlakunya peperangan antara Arab dan Israel kesan dari pengisytiharan bahawa telah berdirinya sebuah negara yang bernama Israel iaitu pada 15 Mei 1948, Disebabkan timbul kebimbangan kalau-kalau terjadi sesuatu pada naskhah-naskhah kuno yang dibelinya, Atanasius pun mengirim keempat-empat gulungan naskhah tersebut ke Amerika Syarikat untuk dipamerkan agar dapat dijual di sana. Namun akhirnya naskhah-naskhah itu dibeli oleh Yigael Yadin iaitu anak Profesor Sukenik ­dengan harga hanya seperempat juta Dollar US atas nama Hebrew University di Jerusalem. Maka dengan demikian, ketujuh-tujuh naskhah pertama yang ditemukan itu berada dalam penjagaan Hebrew University di Israel.

Ketika tercapainya kesepakatan untuk berdamai antara puak Arab-Israel pada 7 November 1949, kawasan Qumran dan sepertiga dari bahagian utara wilayah Laut Mati menjadi di bawah kekuasaaan Kerajaan Jordan Al-Hasyimy , maka bermulalah Kerajaan Jordan merancang untuk melakukan ekspedisi arkeologi iaitu satu usaha pengkajian dan pencarian yang ada kaitan dengan manuskrip kuno yang dijumpai sebelum ini kalau-kalau masih ada yang tersisa yang belum ditemukan. Tetapi warga Ta'amirah merahsiakan lokasi sebenar gua-­gua yang agak misteri tersebut, tetapi akhirnya pihak tentera Jordan berhasil menemukan lokasi tersebut iaitu pada pada akhir bulan Januari 1949.


Selepas penemuan itu, pihak berkuasa Jordan telah melakukan ekspedisi pencarian di dalam gua-gua tersebut. Di bawah pengendalian G.L. Harding, seorang ilmuwan berbangsa Inggeris yang memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Arkeologi Jordan bersama dengan Pendeta Roland de Vaux Pengarah French Dominican I'Ecole Biblique, di Jerusalem Timur, ekspedisi itu berhasil menemukan beratus-ratus potongan kecil di dalam gua tersebut, di samping pecahan-pecahan dari tembikar dan kayu-kayu kuno. Segala apa yang baru ditemui tentulah sangat membantu di dalam usaha untuk memastikan masa sebenarnya sejarah tulisan-tulisan tangan dari zaman kuno itu. Hanyasanya ekspedisi kali ini tidak diteruskan hingga meliputi wilayah Khirbat Qumran – yang terletak di bawah lokasi gua-gua tersebut - kecuali pada bulan November 1951, iaitu ketika terjadinya penemuan bekas-bekas perkampungan kuno yang di diami oleh para pengikut kelompok Esenes, di dalamnya juga ditemui benda-­benda kuno romawi seperti kepingan wang logam. Jika dilihat masa pembuatannya menunjukkan bahawa gua-gua tersebut telah dihuni oleh orang-orang tertentu hingga berkobarnya gerakan pemberontakan Yahudi melawan pemerintah Romawi antara tahun 66 - 70 M, yang berakhir dengan terbakar hangus nya bandar Jerusalem yang membawa kepada bangsa Yahudi diusir dari kota tersebut dan dari wilayah-wilayah lain di sekitar Jerusalem.



Disebabkan perasaan tamak yang berbuak-buak untuk mendapat keuntungan-keuntungan wang yang berlipat ganda, penduduk Ta'amirah telah menerokai hampir seluruh kawasan tepi Laut Mati bagi menemukan naskhah-naskhah lain yang mungkin masih tersembunyi di gua-gua yang terdapat di wilayah pergunungan. Pada bulan November 1952, seorang warga Badui Ta'amirah berhasil menemukan gua lain yang tersimpan di dalamnya sejumlah besar gulungan naskhah yang telah bercerai-berai menjadi potongan-­potongan kecil. Beliau kemudian menjualnya kepada pihak Pemerintah Jordan. Pemerintah Jordan telah mengikuti cara pencarian yang dilakukan oleh penduduk Ta'amirah itu untuk menemukan naskhah­-naskhah yang masih tersisa di gua-­gua Laut Mati tersebut. Akhirnya, pada tahun 1965, ditemukan sekumpulan gua yang terdiri dari sebelas buah di wilayah Qumran maka lengkaplah bilangannya. Warga Ta'amirah telah menemukan empat buah gua lagi iaitu yang bernombor 1, 4, 6 dan 11. Manakala pihak arkeologi Jordan telah menemukan tujuh gua lainnya.

Athanasius pula telah memberi keizinan kepada American Institute for Oriental Studies di Jerusalem - setelah melakukan ujian kelayakan arkeologi naskhah-naskhah Laut Mati­- untuk mengambil gambar dan mengiklankan tentang keempat-empat naskhah yang berada dalam genggamannya. Institut Amerika di Jerusalem itu untuk julung-julung kalinya menerbitkan gambar-gambar fotografi naskhah Laut Mati iaitu antara tahun 1950 - 1951, sehingga dengan demikian telah memberi peluang kepada para peneliti yang lain untuk mengkajinya, yang kemudian disusuli dengan penerbitan terjemahan naskhah ke dalam bahasa Inggeris. Sepertimana yang dilakukan oleh Hebrew University di Jerusalem iaitu mengiklankan tiga buah gambar fotografi naskhah bersama dengan terjemahannya pada tahun 1953.

Pater De Voux telah diberi tanggungjawab dalam mengetuai Ekspedisi Arkeologi Jordan dalam usaha menemukan naskhah-naskhah kuno di Qumran, pada masa yang sama bertanggungjawab dalam menjayakan ekspedisi menyiapkan, menterjemah dan menerbitkan naskhah-naskhah yang ditemukannya. Oleh de Foux, potongan-­potongan naskhah yang telah berhasil ditemukan di dalam gua yang bernombor 1 telah diserahkan kepada Dominique Partolemi dan Millick, iaitu kedua-duanya adalah rakan sekerja de Foux di French Dominican I'Ecole Biblique. Usaha menyiapkan dan menerbitkan naskhah terjemahan yang dilakukan oleh Oxford University dapat selesai dilakukan pada tahun 1955.Hanyasanya, pemerintah Jordan telah membentuk satu Badan Internasional yang dianggotai lapan orang peneliti –yang tidak seorangpun dari mereka berbangsa Arab – ditugaskan untuk menyiapkan naskhah transkrip dan penerbitannya dengan diketuai oleh de Foux bersama dengan anggota dari Perancis, Inggeris, Amerika Serikat dan Jerman yang datang ke Jerusalem siap untuk bekerja.

Selepas itu pada tahun 1961, telah diiklankan terjemahan naskhah yang telah ditemui di gua kawasan Muraba'at, arah selatan Qumran, oleh penterjemahnya Josef T. Milik. Pada Juzuk yang kedua dari manuskrip Muraba'at yang berisikan Juzuk keempat dari kita Mazmur yang ditemui di gua bernombor 11 itu dipamerkan pada tahun 1965. Sedangkan juzuk kelima yang merupakan potongan-potongan yang ditemuinya di gua bernombor 4 dipamerkan pada tahun 1968.

Selanjutnya telah terjadi penemuan di gua-gua lain di luar kawasan Qumran naskhah-naskhah kuno iaitu di wilayah Mird, arah barat daya Qumran, Muraba'at di arah tenggara Qumran dan Masada, iaitu sebuah benteng kuno Yahudi di selatan Laut Mati yang di bawah penguasaan pemerintah Israel. Dalam usaha menemukan naskhah-naskhah kuno itu, penduduk Qumran tidak meresa cukup dengan mencari di Qumran saja, bahkan mereka telah menerokai hampir seluruh kawasan pergunungan yang terbentang di sepanjang kawasan pantai Laut Mati. Pada bulan 0ktober tahun 1951, seorang warga Badui Ta'amirah telah menemukan sejumlah naskhah dalam bahasa Ibrani dan Yunani di sebuah gua di kawasan lembah Muraba'at, sekitar 15 km selatan gua Qumran yang pertama, lalu beliau mempamerkan naskhah yang ditemuinya itu ke pihak Jordan untuk dijual. Pada waktu yang sama juga sejumlah warga Ta'amirah lainnya menemukan sebahagian tulisan-tulisan mengenai agama Masehi di wilayah Mird iaitu berdekatan dengan Qumran, di antaranya tulisan di dalam bahasa Suryani. Begitu juga sekelompok tim ekspedisi yang dianggotai oleh para arkeologi Israel yang diketuai oleh Yigael Yadin turut melakukan pencarian naskhah kuno iaitu di antara tahun 1963 - 1965, di bekas-bekas peninggalan di sebuah benteng Masada iaitu di wilayah bawah jajahan Israel,


Di arah timur laut bandar Arikha (AI-Khalil), dan berhasil menemukan beberapa buah naskhah kuno di sana. Tetapi yang menjadi perhatian kita di sini adalah tulisan-tulisan kuno yang berasal dari Qumran, yang diyakini merupakan peninggalan kelompok Esenes dan bukan tulisan-tulisan Yahudiah dan Masehiah yang penemuannya berlaku di luar kawasan Qumran.

Tercetusnya peperangan di antara Arab dan Israel pada tahun 1967 menyebabkan jatuhnya wilayah Tepi Barat ke dalam cengkaman pemerintahan haram Israel, begitu juga muzium Jerusalem yang tersimpan naskhah-naskhah kuno. Tidak ada yang terlepas dari penguasaan pihak pemerintahan haram Israel melainkan sebuah naskhah yang diperbuat dari tembaga kerana naskhah tersebut ketika itu berada di Amman, Jordan. Dan semenjak dari itulah semua aktiviti pameran naskhah kuno terhenti secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment